♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Thursday, October 21, 2010

Home » , » ::Penulis Blog Mula Dibicara::

::Penulis Blog Mula Dibicara::

Khairulizam Abdul Ghani
Haaa..korang nampak gambar atas tu? Kenal dia? Aku baru arini kenal dia..hehehe..mostly dalam paperlah mane lagi. Korang ni aku nak pesan (untuk diri aku juga), kita kalau nak berblog ke ber apa ke, yang penting kena hati-hati. Jangan ikut hati. Dan jangan sesuka hati. Mmgla blog ni untuk dikongsi dengan sumer orang, tapi jangan cari pasal dengan buat macam 'dunia ana yang punya'..janganla post yang nak cari glamour je. Bak kata sudin dalam Seniman Bujang Lapok 'buatlah cerita pasal kumbang terbang ke, ikan berlaga ke..' jadi mulai sekarang kalau ada yang tak kena dalam blog aku sendiri, sila-silalah komen. InsyaAllah aku terima dgn lapang hati..

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini, semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.


Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.



Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, pada 22 Januari lepas di No. 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.


Jika disabitkan kesalahan, Khairulizam boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.


Khairulizam bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan 26 Januari lalu atas perbuatannya itu.
p/s ~ tindakan dia seb bek bagus.. 

0 comments:

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...