♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Tuesday, October 26, 2010

Home » , » ::Bila Papa Dom jadi Papadom::

::Bila Papa Dom jadi Papadom::

Filem : Papadom
Genre : -
Bahasa : Melayu
Pengarah : Afdlin Shauki
Pelakon : Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Vanidah Imran
Tarikh Tayangan :08 Oktober 2009


Mesti korang tertanya-tanya pehal aku tetiba entri menda ni hari ini kan? Aku pun heran sebab anak aku yg 3 tahun tu tetiba suka yang amat pada cita ni. Selalu aku layan dia cerita kegemaran dia Upin&Ipin, princess, barbie, tapi tup2 dia bongkar tempat cd hulur kat aku "ummi, kakak nak nengok cita mayu ni"..dalam hati aku 'aik, bila masa plak anak aku suka ngk filem melayu ni? Macam paham je?' Tapi macamane pun aku tetap pasangkan dan mmg dia paham rupanya nengok cita tu. Yang paling dia suka bab apa tau, time isteri Dom tu nak bersalin..hehehe..push..push..dengan ngk Mia dari kecik sampai besar. Sudahnya aku yang ngidam papadom.. cit!

Nengok berkali-kali mmg tak jemu cita ni. Cuma kesian Mia tu asik kena kelentong dengan papa dia..Itulah kan, bak kata pepatahnya "Kita akan lebih menghargainya apabila kita kehilangannya.."


Sinopsisnya


Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..


Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!

Dan filem Papadom berjaya kutip 2.4juta dalam masa 13hari! Sungguh membanggakan industri perfileman tanahair kita..Tahniah buat semua!


p/s : Hidup Nasi Kandar! Hehehehee.. :) (Walau aku bukan orang Penang)

0 comments:

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...