♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Friday, October 22, 2010

Home » » ::Pelajar Masterskill Hilang Selepas Tamat Latihan::

::Pelajar Masterskill Hilang Selepas Tamat Latihan::

Astaghfirullahhhhh..Hilang lagi? Aku fobia betul orang asik hilang-hilang ni la. Sbb pernah berlaku pada my daughter. Tapi dia hilang kat Tesco. Mmg tinggalkan kesan betul. Masa tu tiap kedai aku tanya ada nampak ciri-ciri anak aku. Mane nak bayar barang,mane nak cari anak. 

Seb bek masa tu aku bawak mak aku yang tak pernah ikut sebenarnya bila aku beli barang rumah. Mungkin ada hikmah dia nak sgt ikut aku hari tu. Sbb dia yang jumpa anak aku mengelenot sorang2 kat ujung kaunter (tempat yang aku xpnh pikir nak g) tak tau nak p mane. Aku dgn suami dh pucat xberdarah. Yela forsurelah dah terbayang yg buruk2 je. Semua yg turun eskalator bawak budak aku ngk. Eeeeee..pengalaman sungguh! Na'uzubillah!

Kali ni budak ilang mesti lepas pegi sesuatu tempat. Nape suka ilangkan diri? Atau disembunyikan? Atau suka2 ikut orang? Ishhh..korang ni,aku pelikla (bagi yg suka ikut2 boypren tu) jgnlah suka no wat prangai. Xkesian ke kat parents? Bayangkan kalo bakal anak kita buat pada kita nanti? Keluarga tu lebih penting dari segalanya. Aku ni mmg nak mrh kalo org ilang ikut boypren. Nak buat apa kalo setakat suka2. Kalo keluarga xsuka pun mesti ada sebab. Xde parents yang xnak kebaikan untuk anak2 dorg..hissshhh..aku malasla nk cakap lagi..budak zaman sekarang ni ikut kepala dia aje.udah2lah tu..taatlah pada parents korang sementara dorang ada lg ni..kan aku dah jadi mak nenek!


IPOH 21 Okt. - Belum pun reda kisah seorang gadis hilang kerana enggan berkahwin di Kemaman, Terengganu, seorang pelajar Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterkill di sini pula hilang selepas tamat latihan dua minggu di St. John Ambulan di Taiping, 30 September lalu.

Balqis Azman, 18, dari Kampung Kepayang, Fair Park, didapati tidak pulang ke rumah selepas menamatkan latihan itu.

Ibunya, Noorlela Abdul Rahman, 37, berkata, dia hanya mengetahui anaknya tidak pulang ke rumah setelah pergi ke kolej itu pada 4 Oktober lalu.

"Apabila saya bertanya dengan pihak pengurusan kolej, mereka memberitahu pelajar yang membuat latihan di Taiping selama dua minggu sudah pulang sejak 30 September lalu.

"Saya dapati anak saya tidak pulang bersama rakannya dan saya percaya anak saya hilang semasa di Taiping," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak (Kawasan Ipoh Barat) di Taman Ipoh, di sini hari ini.
Noorlela berkata, dia sendiri menghantar anaknya menaiki bas dari sini ke Taiping, 13 September lalu.

Menurutnya, semasa mengikuti pengajian, anaknya itu tinggal di sebuah rumah yang disewa kolej berkenaan di Kampung Boyan, Taiping, bersama-sama 15 pelajar lain.

Katanya, Balqis merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan mengikuti pengajian kejururawatan di kolej berkenaan, sejak April lalu.

"Saya beberapa kali menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya. Berikutan itu, saya membuat laporan kehilangan anak saya di Balai Polis di sini pada 4 Oktober lalu, pukul 2 petang," katanya.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak (Kawasan Ipoh Barat), Mohd. Rawi Abdullah berkata, pihak kolej perlu meningkatkan kawalan di kawasan asrama, rumah flat dan rumah sewa bagi mengelak orang luar masuk secara bebas tanpa kawalan.

Tambahnya, sesiapa yang pernah melihat atau mempunyai maklumat tentang remaja itu supaya menghubungi keluarganya di talian 014-2527050.

p/s : tu kalo korang ada kenal ke ternampak ke, tu hah nombor tu cepat2 call..

0 comments:

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...