♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Tuesday, October 26, 2010

Home » , » ::Islamic Fashion Festival ~ Apa dah jadi?::

::Islamic Fashion Festival ~ Apa dah jadi?::

Salam dan Selamat Sejahtera,

Astaghfirullahhala'zim. Apa dah jadi? Kenapa? Sampai Hati! Memang aku tak sangka sebenarnya itu yang ditunjukkan. Sebelum ni cuma dgr je. Tapi banyak keja nak buat terus lupa. Cuma berdesing je telinga ni bila dgr and baca komen-komen others. Mana iman kita sebagai makhlukNya yang kerdil? Yang sentiasa mengharapkan rahmatNya dan berkatNya. Tak malu ke kita ni sebagai hambaNya mintak macam-macam, nak itu ini, semua Dia beri, tapi ini ke balasannya? Pelik sangat dengan orang macam ni. Guys, aku pun bukanlah baik perfect, tapi bab-bab agama Islam ni, please la korang. Jangan memain! Apalagi menghina!

Ni hah gambar kat bawah ni, apahal? Tu, ayat apa yang kat baju tu? Biarpun aku dah basi untuk ulas balik cerita ni, tapi aku tak sangka 'sebegini' rupanya.
Eeeeee sedihnya aku..mmg sedih sgt! Nabi yang kita junjung nama dia akhirnya terpampang kat situ? Mana perginya hukum yang kita pegang selama ni? (Kan aku dah jadi mak nenek!)


Gambar ni semua untuk fesyen Islam ke?
Salah seorang daripada peragawati Busana Muslim itu kononnya memaparkan nama Muhammad di dalam tulisan 'inverted' disongsangkan seperti cermin sebagai corak di kawasan payudara dan perutnya.

 
'Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan'.


p/s : Kita ni hidup sementara je kat dunia ni. Mungkin semua kejadian ini ada hikmah tersembunyi. Allah Maha Kaya. Janganlah bersifat sombong dengan Allah kerana dari DIA lah ADANYA KITA. Maka, belajarlah untuk sentiasa bersyukur. :)

0 comments:

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...