♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Friday, October 29, 2010

::Makan Nasi Lebihan Ibu Atau Anak::

Salam Sahabat,

Dato' Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.


 Haaaa...ni mesti korang dah tau kan? tapi aku dah kata dulu, tak kiralah entri tu dah basi punya cerita ke apa ke..aku tetap nak share jugak.kurang-kurang pun jadi ingatan balik..kita ni kan kadang ingatan dah lose kn? ehhehe..jgn marelah geng..

Dulu mase aku kerja part time kat kedai buku-buku agama, aku masuk petang dari jam 5.30 ptg hingga 10.30 mlm. Weekend aku masuk pg sampai mlm la. Adalah satu hari tu, nak dijadikan cerita atas meja cashier tu ada baki roti prata yang tah sape punya tak abis. Jadi aku ni jenis nak cepat buang je. Aku tanya kat pakcik tu boleh buang tak..Masa aku pusing nak buang tu dia terus jerit " Ehhhhh jgn buang, papa hidup awak nanti! " Aku terdiam, hulur balik bungkusan tu pada dia. Dia kata "meh sini saya nak bagi makan kucing."

Lepas tu baru dia cerita kenapa dia tak bagi aku buang makanan tu. Dia kata, makanan jangan mudah-mudah nak buang, itu rezeki kita. Aku tanya lagi " kalo tak abis ke atau sisa makanan basi semalam punya camne?"

Dia jawab "bagi pada mane2 binatang biar binatang tu makan." Jangan sesekali dibuang. Kalau awak nak idup senang dan rezeki sentiasa lapang. Ingat tu."

Sampai sekarang aku ingat pesan dia. Tapi kat kawasan umah aku ni binatang tak banyak keliaran, sume jenis suka dok umah. Hahahaha.. :)



Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen- belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.

Wallahu A’lam.

p/s : Lagi satu, sentiasalah berfikiran positif pada setiap wang yang kita keluarkan untuk tujuan kebaikan. Tanam dalam hati, dengan berkata "eh duit aku banyak lagi. Tak pernah abis walaupun sikit." Itulah yang aku sesalu pikir sampai sekarang ni. Dan Alhamdulillah, mmg itulah yang berlaku. Wallahu'alam.

READ MORE- ::Makan Nasi Lebihan Ibu Atau Anak::

::Khinzir Dan Kegunaannya::

Salam Sahabat,

Korang mesti pelik pikir khinzir pun ada kegunaan ke? Baca dulu, baru tau. Jangan hukum cerita dari tajuknya..Chewah..aku dah matang nampaknya..ehhehe..

Setiap apa yang dijadikan Allah itu sememangnya mempunyai kegunaannya. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui.

 
Jadi mulai hari ini, hati-hati dalam setiap pembelian barang-barang yang tersenarai dalam gambar di atas.
READ MORE- ::Khinzir Dan Kegunaannya::

::Siapakah Wanita Itu?::


Salam Sahabat,

Baca pelan-pelan dan hayati..

INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor. Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.

Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.

Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya. Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.

Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid. Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya. Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.

Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.

Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan. Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.

Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida. Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.

Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas. Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.

Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi. Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.

Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.

Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.

Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud. Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.

Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida. Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.

Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.

Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu. Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.

Cerita Oleh SHANIKA ABDULLATIB | Kosmo Online

p/s : Korang pikir siapa tu? Mungkinkah dia Sidhratul Muntaha? Macam yang penah keluar dalam Majalah Mastika satu masa dulu? Wallahualam.. Hanya Allah Yang Maha Tahu..
READ MORE- ::Siapakah Wanita Itu?::

::Mana Satu Pilihan Anda?::

Salam Sahabat,

Ni ada cerita sket aku nak story..hehehe..samala tu kan cerita vs story..

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? Maksud aku, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya ”Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! (nak makan-makan jelah..pehal yang sibukkan anak orang main lelari plak ni?)

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu. Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”

Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!

Bagaimana dengan anda? Wallahualam.

p/s : Tapi aku kalo pasal sandwich tu aku peduli apa org bising ke tak..aku bedal je sampai habis. Kalo bebudak tu mandang aku mkn aku tanya nak ke? Itu kalo aku lah..Tak taula korang kn.. :)


READ MORE- ::Mana Satu Pilihan Anda?::

::Sambutan Kemerdekaan Di Kelantan::

Salam Sahabat,

Apa yang korang nampak? Mesti dalam hati  cakap " ni gambor apa ni ramai2 ni? Ada Nik Aziz lak tu.." betul tak tekaan aku? Kalo korang nak tau nengok tajuk je dah cukup..tak payah terang-terang panjang lebor. Korang ni bukan suka baca panjang2 ni kan? Malas..hehehehe.. :)





Jauh panggang dari api kan dari negeri-negeri lain? Benar-benar memegang kebenaran agama. Syabas Kelantan!
READ MORE- ::Sambutan Kemerdekaan Di Kelantan::

::Tertib Memotong Kuku Ikut Sunnah::

Salam Sahabat,

Tajuk aku harini ringkas je, tapi apa yang nk disampaikan agak panjang berjela..harap korang xBOSAN untun terus membacanya kerana ini semua berkaitan dengan kita.

Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

Kebenarannya

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.

Renungkan

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Pengetahuan

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :-

1] jari manis      2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:-

1] jari tengah    2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Untuk Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))
wallahu a’lam.

Ini ada soalan dan jawapan berkaitan semua persoalan di atas. Diharap semua mendapat manfaat dari apa yang aku kongsikan hari ini..

Soalan:
Saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan :-

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jawapan :
Al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w.”
Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

Wallahu a’lam

READ MORE- ::Tertib Memotong Kuku Ikut Sunnah::

::Kenapa Tak Rogol Saya?::


Salam readers,

Korang semua mesti dah tau kisah ni kan? Memasing ada FB kan? Memula aku ignorekan cerita ni sebab ingatkan kisah orang barat. Dengan tajuk dia tu. Tapi bila kawan aku yang aku leh percaya sikit share cerita ni kat FB dia, aku terus share dan baca. Subhanallah, aku betul3x (bak kata Upin Ipin) tersentuh dengan keagungan Ayat suci Allah tu. Mmg tiada tolok bandingan. Mungkin semua tau tapi amalkan tak? Harap-harap kita semua mengamalkannya walau mane pun kita berada.

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI??? Aku pun tak sangka ini sebenarnya isi kandungan dari tajuk yang langsung tak menarik minat aku pada asalnya. Tula 'aku' ni, jgn nilai sesuatu sebelum tau isinya. (pengakuan dari hati).
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..
READ MORE- ::Kenapa Tak Rogol Saya?::

Thursday, October 28, 2010

::Gempa - Tsunami Sumatera::

Bila dah gempa, maka terjadilah tsunami. Rata-rata mereka yang dilanda tsunami ni pasti ada yang terkorban. Kejadian tsunami pada tahun 2004 masih segar lagi dalam ingatan kita, kini kejadian terbaru berlaku lagi. Mungkin kali ni tak sehebat tahun sudah. Ada hikmah disebalik kejadian. Perancangan Allah tak siapa yang tahu.

Seramai 311 orang dilaporkan terkorban dan lebih 410 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.
Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.
Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.
Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.
Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.
"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.
Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).
"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.
Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.
Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.
Sementara itu AP pula memetik Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia sebagai berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.
"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik.
Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjang pantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorban 230,000 orang di beberapa negara.

Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.

Sekumpulan rakyat Australia berkata mereka berlindung di dek belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika berlaku gempa bumi itu.

Ia mengakibatkan ombak yang mengakibatkan mereka menghentam sebuah bot lain, dan mengakibatkan kabin mereka terbakar.
"Kami buang keluar apa sahaja yang boleh terapung dan kami terjun ke laut dan bergayut padanya," kata Rick Hallet kepada stesen TV Australia - Nine Network.
"Mujurlah, ada benda yang dapat kami bergayut... dan kami dihanyutkan dan kemudiannya bergantung pada pokok tinggi yang kami temui dan duduk di situ selama satu setengah jam."


Ade Edward, pegawai agensi pengurusan bencana berkata, mayat-mayat ditemui di kampung-kampung di pesisiran pantai - terutama di pulau yang paling teruk dilanda gempa - Pagai - dan 167 orang lagi masih hilang.

Air di beberapa tempat mencecah mencapai paras atap, dan di Muntei Baru - sebuah desa di Silabu - 80 peratus rumah rosak.
Kira-kira 3,000 orang mencari perlindungan di kem-kem kecemasan hari ini, kata Edward. Manakala nasib krew beberapa buah kapal di Lautan Hindi, masih belum diketahui.

Gempa bumi itu juga menggegarkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Sumatera - termasuk Padang - yang dilanda gempa sekuat 7.6 tahun lalu, yang mengorban lebih 700 orang. Masjid-masjid pula membunyikan amaran tsunami melalui pembesar suara.

"Semua orang bergegas keluar rumah mereka," kata Sofyan Alawi, sambil menambah, jalan-jalan menuju ke bukit-bukit di sekitar kawasan itu sesak dengan ribuan kereta dan motosikal.
"Kami sering menoleh ke belakang untuk melihat sama ada gelombang datang," kata seorang lagi penduduk Ade Syahputra.
































READ MORE- ::Gempa - Tsunami Sumatera::

::Gempa - Tiada Laporan Kematian Pelajar Malaysia::

Alhamdulillah, syukur atas keberkatan Allah ke atas rakyat Malaysia  dan semua pelajar yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk para pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letupan Gunung Merapi di Indonesia.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, meskipun tiada laporan yang diterima, Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi tersebut.

Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi itu.

Wisma Putra berkata kerajaan amat terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat kelmarin dan diikuiti letupan Gunung Merapi semalam.

"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Indonesia di atas tragedi yang telah menimpa," kata Wisma Putra.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia juga mengeluarkan senarai nama pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Pesantren Sirajul Mukhlasi, Magelang malam tadi berikutan bencana letusan Gunung Merapi.

Ia juga telah menubuhkan sebuah bilik operasi 24 jam bencana letusan Gunung Merapi.

Berikut nama-nama mereka:

1. Ibrahim Ghazali
2. Iesa Abu Shahri
3. Laimi Awang
4. Mohamad Buhori Khalid
5. Mohamad Ridwan Suhaimi
6. Mohamad Shahrul Azam Md Nor
7. Mohamad Zaid Khalid
8. Mohd Azmi Wok
9. Mohd Azwadie Mohd Noor
10. Mohd Noor Azhar Ismungin
11. Mohd Yusof Sulaiman
12. Mohd Zunnurain Abdul Khohar
13. Muhamad Herry Shahidan
14. Muhamad Nafey Hussain
15. Muhamad Ramzey Lani
16. Muhamad Zakariyya Mohd Zainal
17. Muhammad Abu Dzar Mohd Ingam
18. Muhammad Amrul Nizam Sakarno
19. Muhammad Faiz Azizi Md Said
20. Muhammad Hazwan Jonaidi
21. Muhammad Hilmi Abd Basit
22. Muhammad Muaz Abd Rahim
23. Muhammad Mubasyir Rafie
24. Muhammad Ramdani Mas Aedi
25. Muhammad Suhaib Che Sakdun
26. Muhammad Yusuf Sumun Bakri
27. Muhammed Musa Tajuddin
28. Muhd Syafaat Akil Rahim
29. Othman Mohd Razali
30. Wan Mohd Taufiq Wan Ismail
31. Zuhair Zakhal
32. Afifi
33. Hanzalah
34. Hilman
35. Muhammad Tolha Basyir (warga Singapura)
36. Said Al-Khudri Basyir (warga Singapura)
37. Khadijah Mohd Samsi (isteri kepada Laimi Awang)
38. Khaulah Riyadol Solehah (anak kepada Laimi Awang)
39. Nurul Asma Abu Bakar (isteri kepada Mohd Azmi Wok)
40. Nurul Najhah Zinirah Humairah (anak kepada Mohd Azmi Wok)
41. Siti Zuraidah Mohd Yusof (isteri kepada Zuhair Zakhal)
42. Mohamad Naufal Azahari (datang menyusul pada 27/10/2010)
43. Muhammad Taufiq Jaaffar (datang menyusul pada 27/10/2010)

Pelajar yang pulang ke Malaysia: 
1. Muhamad Izzuddin Muhamad Nazeri

Talian Bilik Operasi 24 jam bencana letusan Gunung Merapi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta adalah seperti berikut:

No. Telefon : +62-21-5224947 (talian am)
No. Telefon : +62-21-5224971 (talian terus)
No. Faks : +62-21-5224974

p/s : Jika ada yang boleh bantu, silalah kita bantu bersama untuk meringankan beban mereka.
READ MORE- ::Gempa - Tiada Laporan Kematian Pelajar Malaysia::

::Kes Aminulrasyid - Peluru Tembusi Otak::

Susulan kes kematian Aminulrasyid :

Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati beberapa bulan sebelum sempat meraikan hari jadi ke-15nya pada 26 April tahun lalu, tidak ditembak dari jarak dekat.
Menurut ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tembakan yang dikesan itu berbentuk bulat dan bukan “berbentuk bintang dalam kes-kes yang ditembak kurang daripada jarak satu kaki”.
Katanya juga, tiada kesan terbakar - satu ciri ketara dalam luka yang ditembak dari jarak dekat.
"Saya juga dimaklumkan oleh pegawai penyiasat terdapat lubang peluru di cermin belakang kereta (dipandu Aminulrasyid)," katanya.

Khairul berkata remaja berkenaan mati “beberapa saat atau minit” selepas peluru mengenai bahagian kiri belakang tengkoraknya dan menembusi otak sebelum keluar dari tengkorak daripada bahagian kanan, berhampiran keningnya.
"Peluru tembus di bahagian depan tengkorak tetapi bukan di kulit menyebabkan bahagian sekitar lebam di bahagian kening mata kanan,” katanya.
Menurut beliau lagi peluru juga dijumpai di bawah kulit.

Beliau juga memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam, luka lain seperti kesan calar adalah kemungkinan akibat pergeseran dengan objek tumpul yang mungkin disebabkan oleh perlanggaran atau hentakan dari dashboard kereta.
Katanya lagi, beliau menerima mayat remaja itu pada jam 5.55 pagi 26 April dan badannya sudahpun kaku, menunjukkan Aminulrasyid sudah mati lebih empat jam.
Aminulrasyid ditembak pada jam 1.30 pagi 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam, kira-kira 50 meter dari persimpangan di rumahnya.

Koperal Jenain Subi, 48, dituduh menembak mati remaja tersebut selepas keretanya dikejar polis dan berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara jika sabit kesalahan. 
READ MORE- ::Kes Aminulrasyid - Peluru Tembusi Otak::

::Kes Aminulrasyid - Saksi Nafi Remaja Cuba Rempuh Polis::

Susulan kes kematian Aminulrasyid :

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.
"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid.
Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.
Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri. (Kenapa buat keputusan sebelum siasatan?)
Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.
Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.
Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.
"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.
Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.
Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarga mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.

p/s : Jadilah manusia yang jujur dalam apa jua. Allah Maha Melihat (pendapat peribadi).
READ MORE- ::Kes Aminulrasyid - Saksi Nafi Remaja Cuba Rempuh Polis::

::Kes Aminulrasyid - Pakar Forensik Tawar Bantuan::

Susulan Kronologi Kes Kematian Aminulrasyid :

Pakar forensik Amidon Anan - yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu - menawarkan khidmatnya bagi membantu keluarga pelajar 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Isnin lalu.
Menurut bapa saudara dan jurucakap keluarga mangsa, Kamarudin Hasan, bekas polis berpangkat superitenden itu adalah satu-satunya pakar yang menawarkan khidmatnya di samping barisan peguam dari NGO dan parti politik.
Bercakap kepada pemberita selepas 20 minit berbincang dengan Amidon (kiri) di rumah keluarga Aminulrasyid, Kamarudin berkata pihaknya sedang menimbang tawaran pakar forensik itu.
"Kami sudah sampai ke tahap persefahaman dengan Amidon, tetapi kami mempunyai keluarga yang besar dan kami mahu mendapatkan nasihat daripada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Amidon yang juga bekas ketua jabatan forensik unit Penyiasatan Jenayah Tempat Kejadian turut dilaporkan pernah terlibat dalam penyiasatan insiden bangunan Highlands Towers yang runtuh pada 1993.
Kamaruddin menambah sekiranya keluarga Aminulrasyid menerima tawaran Amidon, ia akan membolehkan mereka membuat perbandingan laporan kejadian itu dengan versi polis.
"Kami mahu pandangan kedua," katanya.

READ MORE- ::Kes Aminulrasyid - Pakar Forensik Tawar Bantuan::

::Kes Aminulrasyid - Tubuh Inkues Siasat Kes::

Kronologi Kes Kematian Aminulrasyid :

Inkues di bawah kuasa kehakiman perlu ditubuhkan bagi menyiasat remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu.
Presiden, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan berkata Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah harus digunakan bagi membolehkan inkues dijalankan setiap kali berlakunya kematian ketika polis menjalankan operasi.

“Mengambilkira kepentingan rakyat, punca kematian sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut prosedur mahkamah dan satu inkues di bawah kuasa kehakiman ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataaan media, hari ini.
Katanya, insiden itu amat menggemparkan dan lebih mendukacitakan lagi apabila polis melabel remaja berkenaan sebagai “penjenayah” untuk menepis kelemahan mereka.

“Sikap ini amat mengecewakan dan tidak adil terhadap keluarga mangsa dan tidak ada kaitan dengan pembunuhan remaja tersebut.

“Jumlah kematian yang semakin meningkat akibat ditembak polis menimbulkan prasangka masyarakat bahawa anggota polis amat cuai dan tidak mengikut prosedur ketika menjalankan tugas,” kata Kesavan.

Menurut beliau, Majlis Peguam, menyambut baik tindakan pihak berkuasa yang mengklasifikasikan insiden itu sebagai kes bunuh dan penubuhan panel khas yang akan diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menyiasatnya.

Kesavan juga menggesa pihak polis dan kerajaan bertindak segera untuk memastikan keadilan ditegakan dan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap anggota-anggota yang terbabit.

p/s : Buat secara telus dan no prejudis..
READ MORE- ::Kes Aminulrasyid - Tubuh Inkues Siasat Kes::

::Kes Aminulrasyid - Saksi Utama Ditekan::

Kronologi Kes Kematian Aminulrasyid :

Azamuddin Omar, saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, didakwa telah 'ditekan' oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau tidak dapat mengecam anggota polis yang terbabit.
Abangnya, Hafizuddin Omar, 24, mendakwa Azamuddin juga dipaksa untuk mengikuti sesi kawad cam itu minggu lalu tanpa ditemani peguam.

"Peguam perlu ada di samping dia setiap masa untuk setiap urusan melibatkan polis untuk pastikan siasatan ini adil dan telus.

"Tambahan pula dia masih di bawah umur," katanya dalam satu sidang media di pusat khidmat ahli parlimen Shah Alam petang ini.
Dakwanya lagi, adiknya itu juga dimarahi pegawai polis ketika kawat cam tersebut kononnya "melambat-lambatkan tugas polis."
Katanya, tekanan itu juga menyebabkan Azamuddin tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sedangkan pelajar tingkatan tiga itu perlu menghadapi peperiksaan PMR tahun ini.


Beliau juga khuatir polis sengaja bertindak demikian untuk untuk mengelakkan kes tersebut daripada dibicarakan.

"(Azamuddin) ditekan seolah-olah dia ini penjenayah sedangkan dia adalah saksi utama. Hak dia untuk diwakili peguam juga diketepikan (ketika kawad cam)," katanya lagi.

Sementara itu, seorang wakil PIBG sekolahnya Monaliza Mokhtar berkata beliau mendengar pegawai polis menengking Azamuddin ketika kawad cam tersebut yang berlangsung di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam.

Tambahnya, apabila beliau masuk ke bilik kawat cam tersebut, barulah pegawai polis tersebut melayan Azamuddin dengan baik.

"Saya dengar pegawai polis tersebut menjerit-jerit dan memarahi Azamuddin," kata Monaliza dalam sidang media sama.

"Kemudian saya minta untuk tenangkan Azamuddin. (Azamuddin) kata dia tertekan sebab dia tidak nampak (suspek pada malam kejadian), jadi dia tidak boleh cam," katanya lagi.

Katanya, beliau hadir ke situ untuk menemani Azamuddin memandangkan peguam tidak dapat hadir bersama pelajar tersebut kerana dimaklumkan pada saat terakhir.

p/s : Garangnya? Memang macam tu ke? Kena pada tempat tak?
READ MORE- ::Kes Aminulrasyid - Saksi Utama Ditekan::

::Kematian Aminulrasyid - 17 Kelongsong Peluru Ditemui::

Kronologi Kes Kematian Aminulrasyid : Mudahan Kes ni cepat-cepat berakhir.

Mahkamah Sesyen Shah Alam yang mendengar perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, yang bermula hari ini diberitahu 17 kelongsong peluru dijumpai di lokasi kejadian.

Pasukan forensik polis juga menjumpai dua butir peluru hidup daripada jalan di mana adengan mengejar itu berlaku.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Saksi pertama dalam perbicaraan ini adalah lans koperal Mohd Sabri Salleh.
Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.


Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.
Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.

Hilang Kawalan

“Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan dari kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."

"Saya panggil anggota di SL614, Koperal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulans kerana pemandu Iswara itu cedera.
Saksi kedua, detektif lans koperal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.
"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa,” katanya.

Katanya, beliau merakam gambar kesan tembakan di bahagian belakang kereta seperti di ekzos kereta, bumper sebelah kiri dan tangki minyak sebelah kiri.

Sebilah ParangMenurutnya lagi, sebilah parang turut ditemui di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta berkenaan.


Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang dijadualkan selama 11 minggu.

 
Jenain diwakili oleh peguambela Salim Bashir (kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.


Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.


Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakwaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.


Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.
Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam pada malam kejadian itu.

Selepas memotong sebuah kereta polis, mereka dikejar dan beberapa das tembakan dilepaskan.
Kereta yang mereka naiki akhirnya berhenti di bahu jalan, di mana Aminulrasyid dijumpai mati di kerusi pemandu.

Seorang lagi saksi yang memberi keterangan hari ini, Saiful Nizam Abdul Hamid, 31, jurufoto dari IPD Shah Alam pula memberitahu mahkamah bahawa beliau merakam gambar bedah siasat mayat mangsa dan kecederaan di bahagian kepala Aminulrasyid pada 26 April, mulai 3.15 petang hingga 5.30 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Sumber Asal sila klik : http://malaysiakini.com
READ MORE- ::Kematian Aminulrasyid - 17 Kelongsong Peluru Ditemui::

::Antara Khinzir Dan Kekasih::

Zaman sekarang dah tak boleh nak bezakan semua tu. Tau dosa tapi buat juga. Manusia....menda tak best tulah yang dorang berkejor nak rebut buat.

Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini. Antara yang “nampak berat” dan yang “nampak ringan”.

Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.
khinzir-mahram


Sumber Asal  sila klik sini : www.ohislam.com
READ MORE- ::Antara Khinzir Dan Kekasih::

::Mayat Aminulrasyid Dalam Kedudukan Aneh::

Lagi kronologi kes kematian Aminulrasyid :
 
Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.

Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.

Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.

Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.

Daripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa. Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010.
Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok.

Tertuduh diberi 100 peluru


Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru.
Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.
Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas.

Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut.

Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin.




READ MORE- ::Mayat Aminulrasyid Dalam Kedudukan Aneh::

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...