♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Saturday, November 20, 2010

::Kisah Si Posmen::

Salam Sahabat,



Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

"Assalamualaikum.."


"Waalaikumussalam.."


"Ni rumah encik Encik Sameon ke..??"


"Ya saya.."


"Pening kepala saya carik alamat rumah ni.."


"Buat susah2 je encik ni..!! Apsal tak pos aje..??"

p/s : kalo korangla posmen tu, apa tindakan atas pakcik tu korang bagi?
READ MORE- ::Kisah Si Posmen::

Friday, November 19, 2010

::Peribahasa Keramat Karam Singh Walia::

Salam Sahabat,




Kelakar tak? Tu lawak biasa je..macam tajuk entri aku kali ni kadang boleh gelak aku baca..Karam Singh Walia mmg terkenal dengan peribahasa dia selepas menyampaikan berita kat tv dalam segmen2 tertentu..mane tah datang minat dia carik peribahasa2 tu kan..tapi mcm kena je dgn orangnyakan..

 Ni ha senarai peribahasa yang aku dapat dari sini..asalnya aku bukan nak search karam singh ni..tapi camne tah boleh keluar lak cerita peribahasa dia ni..tiap orangkan ada kelebihannya tersendirikan..

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

4. Biar lambat, asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.

21.Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

p/s : camne? ok tak? jgn cakap xkelakor ea..aku nampak korang senyum2 tu..ehehe..niway, kan boleh ilangkan stress keja kejap kan.. :D
READ MORE- ::Peribahasa Keramat Karam Singh Walia::

::Yang Kita Selalu Buat::

Salam Sahabat,

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1.   Tidak sembahyang atau solat.
2.   Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3.   Makan atas pinggan yang terbalik.
4.   Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5.   Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.   Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7.   Suka bersandar pada pintu rumah.
8.   Suka duduk di atas tangga.
9.   Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Tembuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa ke lua r dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


p/s : Apa reaksi dan pendapat anda? boleh ubah ke? jawapannya mestilah YA..or any komen?
READ MORE- ::Yang Kita Selalu Buat::

::Renungkan Sikap Diri::

Salam Sahabat,

Rajin pulak harini aku nak share entri2 email aku..mmg itu minat aku share apa yang baik..bukan hanya komen yang negatif aja..tapi itulah attitude kebanyakan kita..xbaik kan bukak aib orang (walaupun kadang terlepas tanpa niat)..itulah aku ni bukan manusia sempurna..banyakkan solat taubat mudahan diterima olehNYA..Amin..insya-Allah..


Hairan kan ?? kadang2 kita tak terperasankan pun:-

Lazimnya...

1) Dari bujang... kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kapcai --- kancil... wira --- Honda Type R ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----Polo.... .......

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager..... ........CEO

6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- LCD......... Plasma... .......Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Bidara --- Pulau Langkawi ---- mauritius

8) Mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

Dalam semua segi kita mau kan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour...TETAPI...yang seharusnya kita perasan atau ambil tahu dengan penuh kesungguhan kita ketepikan..

KITA JUGA LUPA...SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

Kita dok sibuk dengan loan sana .. loan sini.. utk rumah utk kereka utk kredit what so ever.. .tapi kita semakin lupa.. DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"... ya hutang kita dengan Allah..

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) Tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan....

2) Banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) Sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00

5) Sembahyang dirumah --- sembahyang di surau... masjid...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV  &  2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar / majallah / internet ----- 2 jam majalah/suratkhabar/internet  &  1 jam membaca ALQURAN/selawat, zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan...

Contohnya:

1) Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ......

2) Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

3) Tuhan beri semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...

Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Rasullullah S.A.W telah bersabda :

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah."


Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.

p/s: Kalau rajin...hmmm. .kalu rajin la..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

"Hidup Ini Indah..Jangan Jadikan Keindahan Itu Satu Keburukan"
READ MORE- ::Renungkan Sikap Diri::

::Sembilan Mimpi Rasulullah::

Salam Sahabat,






Tentu ada yang tertanya-tanyakan apa 9 mimpi Rasul kita? Sungguh, aku pun bukanlah hamba yang sempurna segalanya. Bila terbaca info-info mcm ni aku jadi sebak, teringat ibadat, taubat, amal semua dah cukup ke..sedih ingat Rasul kita..ingat kebinasaan yang kita buat sendiri..renungkanlah..


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<@@@@@@@@@@@>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang 
menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

p/s :  Agak-agak kita tergolong tak dalam semua mimpi-mimpi tu? itu sudah pastilah kan..Apa tindakan anda selepas ini?
READ MORE- ::Sembilan Mimpi Rasulullah::

::Petua Untuk Anak::

Salam Sahabat,



Salah satu perkara yang boleh kita share sama2..terutamanya yang dah ada anak2..ni aku dapat email tapi dah lama dah..godey2 komputer tetiba jumpa byk plak email yg aku save lum baca2 lg..dasatkan aku..ehhee..bukan xnak baca, tapi kadang sekali dapat bratus2..bukanlah keja aku dok ngadap email loading sesatu lagi2 TIME KEJA..

Ini pengalaman dari sorang Hamba Allah yang aku pun pernah buat untuk anak aku. Cuma kena yakin buat hari2..kadang tak sempat pun sebab dah lambat g keja..janji aku dapat peluk cium dia, niatkan yang baik2 dah cukup bagi aku..tapi ni lebih baiklah sebab ada ayat Quran.. :)

Assalammualaikum,  
Saya nak share tentang petua yg saya terima...dari seorang pakar motivasi & dah lama saya praktikkan (l/kurang 11 tahun) kat anak2 saya....  elok dilakukan oleh salah seorang ibu
atau bapa atau seeloknya kedua2 buat  iaitu selepas ibu buat... diikuti oleh bapa (insya-Allah anak akan lebih merasai dihargai)

Setiap pagi.. sebelum pegi sekolah berdiri belakang anak, & kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat...letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan
atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut...lepastu bacakan
al Fatihah & Alam-nash-rah... hingga habis....
pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"
lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah...tak sampai pun 5 minit...

Jangan malu nak kucup dahi anak2 walaupun dah berusia 17 tahun... (terutama pihak ayah akan rasa malu nak cium anak lelaki yg dewasa)

Saya diberitahu (semasa sesi motivasi tersebut), telapak tangan kita ini ada aura... & mestilah digunakan sebaiknye...sebab itulah orang tua2 kate jangan tampar anak guna telapak tangan...

Tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari & anda lihatlah kesannye....   kalau tak dapat setiap hari,
2 hari sekali, seminggu sekali ...

JANGAN TAK BUAT LANGSUNG...
 
Anak saya hingga sekarang (17, 15 & 10thn) saya buatkan & kesannya insya-Allah anda akan lihat...nasihat saya...anda masih belum terlambat...buatkan sekarang pada semua anak2, sehingga mereka dewasa seeloknya ibu & ayah kedua2 sekali buat... semasa anak2
nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bile2 teringat...insya-Allah anak akan dengar cakap ibu ayah & terang hati..boleh share dengan kengkawan lain...
p/s: macamane? menarik tak? bagi aku, benda yang baik ni tak perlu dgn anak pun xpe (bagi yg belum berumahtangga) , dgn suami boleh, anak buah, adik beradik..percayalah dengan ayat-ayat Allah = korang lihatlah kesannya..buatlah..sebab aku dah nampak dan rasa (maaf bukan nak riak)..tapi niat mesti baik dan yakin kerana Allah semata-mata! dan jangan lupa pada junjungan kita Nabi S.A.W.
READ MORE- ::Petua Untuk Anak::

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...