♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Saturday, November 06, 2010

Home » , , , » ::Majalah Solusi Kesayanganku::

::Majalah Solusi Kesayanganku::


Salam Sahabat,
Kali ni aku nak promote majalah kesayangan aku yang aku beli tiap bulan dan ada setengahnya aku belum kesempatan untuk habiskan baca. Bagi aku isi kandungannya mmg menarik. Aku kenal majalah ni pun dari adik iparku yang duduk kat putrajaya. Aku mmg suka baca dari kecik..Anak aku pun aku ajor baca..jadi dia kalau keluar mmg kemestian nak beli 1 buku..M.E.S.T.I.. :)
Walaupun harga dia ada setengahnya cakap mahal, tapi mmg berbaloi dengan kertas dia, isi, gambar, kulit tebal..korang beli sendirilah baru tau..beli tau..aku galakkan.. :)



Maklumat Buku
 
Majalah Solusi Edisi Pertama dimulakan dengan sebuah artikel hasil tulisan Ustaz Zahazan Mohamed yang mengupas isu akidah umat Islam. Dalam artikel yang bertajuk ‘Siapakah Pemuda Al-Kahfi?’ dan kelebihan Surah Al-Kahfi.
Kemudian disusuli dengan artikel hadis yang mengupas perihal taubat oleh Ustaz Adlan Abd Aziz. Dalam artikel yang bertajuk ‘Bila Aku Akan Bertaubat?’ ini menceritakan syarat untuk bertaubat disertakan dengan kisah-kisah berkaitan taubat pada zaman Rasulullah.
Pahrol Mohd Juoi pula mengetengahkan perihal ‘Rezeki Haram Ragut Ketenangan’ yang mana orang yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezeki dengan berhati-hati. Apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya upaya. Dalam artikel ini juga diselitkan dengan kisah-kisah terdahulu yang menjaga sumber rezeki.
Dalam artikel yang lain pula, Pahrol Mohd Juoi mengupas isi ‘Takdir Mengatasi Tadbir’ yang mana mengingatkan semua kenapa mesti takut dengan takdir sedangkan Allah memberi kebebasan untuk menentukan tadbir yang boleh diusahakan.
Pegawai Kewangan di AsianBank Merchant, Ustaz Zamerey Abd Razak pula menjawab soalan-soalan berkaitan sumber rezeki. Beliau menjawab 4 soalan lazim yang biasa ditanyakan dengan padat dan tepat bagaimana sumber rezeki boleh membentuk peribadi.
Abu Asif pula mengupas perihal rasuah yang ditukar menjadi duit kopi, riba yang dinamakan bunga dan daging babi. Beliau mengupas mengapa dan kenapa masyarakat terutamanya umat Islam terjebak dalam hal yang dilarang Allah ini.
Atlas of Creation yang menggegarkan pengikut teori Darwinisme menjadi topik tulisan Rohidzir Rais. Ia menjadi petanda kemusnahan ideologi anti-Tuhan seperti materialisme, komunisme, Darwinisme dan ateisme kerana tapak saintifik yang mendukung mereka selama ini telah mula runtuh.
Ahmad Fadzli Yusuf pula mendedahkan 7 tips membaca secara aktif. Tips ini amat sesuai digunakan oleh pelajar dan semua pembaca yang perlu mengambil banyak input daripada pembacaan mereka.
Manusia memang lupa akan kematian diri sendiri. Itu yang dikupas oleh Jaafar Salleh dengan artikel ‘Lupa Mati Lebih Bahaya Daripada Mati’. Beliau juga menceritakan golongan-golongan yang terlalu inginkan kematian.
Hasrizal Abdul Jamil pula menulis artikel yang bertajuk ‘Sepinggan Dosa Berulam Pahala’ yang mengupas bagaimana seseorang itu boleh terjebak dalam dosa walau pun pada mulanya berniat untuk berbuat kebaikan.
Mekah memang mempunyai kelebihannya. Ia juga pernah disabdakan oleh Rasulullah. Ustaz Ahmad Husni mengupas dengan lebih lanjut perkara ini dengan hujah hadis, geografi dan sejarah kota Mekah.
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pula mengupas ‘Isu Kewangan Dan Kemakbulan Doa’. Beliau berkongsi cara menguruskan kewangan tanpa melanggar hokum syarak.
Terdapat banyak lagi artikel yang terkandung dalam Majalah Solusi Edisi #1 ini antaranya tulisan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ‘Cemerlang Atau Gagal Adalah Pilihan Anda’, Pahrol Mohd Juoi ‘Tugas Pertama Cinta’ ‘Ramai Pengajar Sedikit Pendidik’, Abu Jihad ‘Membetulkan Kesilapan Mendidik Tauhid’, Rashidah Mustaffa ‘Adab Makan Atau Makan Beradab’ ‘Harta Itu Amanah Allah’, Hj Muhammad Zakaria ‘Tsunami Persis Padang Mahsyar’, Jaafar Salleh ‘Ghurur Bila Derhaka Dalam Taat’ ‘Rahsia Vokal Dan Pergerakan Solat’, Rohidzir Rais ‘Hentikan Jeritan Anak Itu’, Mohd Azrul Azlen Abd Hamid ‘Visi Dan Misi Rasulullah’, Dr Irfan Khairi ‘Nota Jutawan’, Ustaz Fadzli al-Yamani ‘Soal Jawab Solat’ ‘Soal Jawab Fardu Ain’, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ‘Hikmah Perkahwinan’, Fatimah Syarha Noordin ‘Memo Untuk Si Belangkas’ ‘Jalan Dakwah Jalan Susah’, Dato’ Dr Mahmood Zuhdi ‘Hukum Berwuduk Menggunakan Air Paip’, Ustaz Badli Shah Alauddin ‘Sunat Mengenali Bakal Tunang’, Ahmad Fadzli Yusuf ‘Meningkatkan Ingatan Anda’, Hj Ahmad Salim Omar ‘Hati Yang Sejahtera’, Ustaz Fajar Siddiq ‘Soal Jawab Munakahat’,
Juga terdapat ruangan puisi, pesan nenek dan angguk geleng yang merupakan jenaka dakwah.
Majalah Solusi Edisi #1 ini setebal 109 muka surat.
Price: RM9.00

p/s: kalau nak beli boleh secara online kat sini

2 comments:

CIK TOM said...

cik tom pun suka majalah ni best!

Insyirah&Isyraf said...

Alhamdulillah...yeke cik tom? mmg menarik kan..sekali belek je terus terpikat.. :)

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...