♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Monday, October 25, 2010

Home » , , , » ::Gayah Gebu vs Nasi Lemak 50 Sen::

::Gayah Gebu vs Nasi Lemak 50 Sen::

 
 
Salam dan Selamat Sejahtera semua,
 
Ermm..Bila nengok gambar kat atas tu, apa yang ada dalam fikiran korang? Tu nasi lemak kan? Aku suka makan nasi lemak, korang pun mesti sukakan? Tapi apa yang aku nak habaq kat bawah ni korang pun mesti dah dengar semalam kan dalam paper? Aku sebenarnya bukan salu sangat baca ruangan tu tapi semalam tah tetiba aku nengok tajuk dia je aku terus dapat tangkap apa yang berlaku..ni kira luahan isi hati diala..korang bacalah eh jeng..jeng..jeng.. :)
 
 
Sumber : Akhbar Harian Metro, 24 Oktober 2010;  Selebriti: Cerita Artis Kita
Ruangan : Gayah Gebu
 
Saudara saudari pembaca yang dihormati sekalian, tahu apa itu nasi lemak 50 sen? Ala.. takkan tak perasan dalam televisyen sekarang ada promosi sebuah filem yang dialog antara pelakonnya ada menyebut nasi lemak 50 sen.

Hmmm.. nak lebih mudah, Gayah paparkan dialog itu. Pelakon Wanita: 'U kata muka I tak cantik?' Pelakon Lelaki: 'Dahi jendol, dagu leper.. Tu apa tu..' Pelakon Wanita: 'Haa?' Pelakon Lelaki: 'Nasi lemak 50 sen..' (sambil tunjuk ke arah dada pelakon wanita)

Bagi orang muda, seronoklah mereka dengar dialog nasi lemak 50 sen itu, tetapi bagi Gayah, ia bikin hati Gayah panas. Nak tahu kenapa Gayah panas? Sebaik anak perempuan Gayah yang berusia 6 tahun itu melihat siaran promosi filem itu, dia bertanya Gayah, apa itu nasi lemak 50 sen.

Gayah yang sedang minum air pelangsing badan sampai tersedak dibuatnya. Gayah nak jawab apa? Agak-agaklah wei..

Kalau dah dialog begitu yang terang-terang tunjuk di bahagian sensitif wanita, malulah wei. Sekali lagi wanita yang menjadi mangsa. Bukankah ia sesuatu yang memalukan?

Apabila budak kecil bertanya begitu, bagaimana? Itu satu hal. Apa yang pasti, ungkapan nasi lemak 50 sen itu pasti menjadi sebutan selepas ini. Bukankah sesuatu yang memalukan apabila ungkapan itu disebut berulang kali dan lebih memalukan nanti, ia menjadi gurauan. Siapa mangsanya? Wanita juga..

Terpulanglah kalau nak kata Gayah ni kolot ke apa ke, Gayah peduli apa. Ada Gayah kisah? Besar risikonya apabila televisyen yang boleh ditonton sesiapa sahaja menyiarkan dialog seperti itu.

Takkanlah benda macam itu tak boleh fikir kesan jangka panjang? Kalau subjek nasi lemak 50 sen itu memang benar-benar nasi lemak, tidak mengapalah. Ini subjeknya, benda lain. Bahagian sensitif!

Hm.. gamaknya begitulah industri filem kita. Dulu lelaki bogel, sekarang dialog pula nakal. Nakal yang bikin orang perempuan macam Gayah angin satu badan. Tengoklah nanti, ada yang mengikutnya. Maksud Gayah, buat dialog ikut suka hati, tak pikir perasaan orang lain.

Takkan tak sedar, kita ini ada adat dan budaya. Adat dan budaya kita bukankan seharusnya sopan. Sopan ke kalau sebut ungkapan 'nasi lemak 50 sen' itu yang jelas membawa maksud payu dara? Haa.. geram punya pasal Gayah cakap lepas, biar pihak yang berkenaan faham.

Ya, saya tahu Cik Gayah Gebu sangat marah akan statement yang dikeluarkan oleh pelakon terkenal kita itu menerusi filem Cuti Cuti Cinta. Mungkin kata kata Cik Gayah Gebu ada betulnya. Tapi kalau dah itu jalan cerita yang Ahmad Idham nak kan. Kita tak boleh nak membantah. Itu merupakan hak produksi filem tersebut.

Jika terdapat sesiapa yang terasa dengan statement yang telah diperkatakan oleh Cik Gayah Gebu tadi, harap jgn lah buat tindakan yang tidak sepatutnya. Biarkan pihak atasan ataupun pihak produksi timbangkan masalah yang telus dicetuskan okey?

p/s : Dah baca? Any komen? Setuju apa yang dia kata? Mesti muka korang berbagai reaksikan? Apa pun terpulangla masing-masing nak judge apa..itu luahan hati dia je. Perkara ni berkaitan sensitiviti kaum hawa. Jadi kita terimalah dengan baik ya. Negatif atau tak janganlah kita menghakimi sendiri. Sekian, terima kasih. :)

0 comments:

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...