♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Thursday, October 21, 2010

Home » , » ::Jerebu Oh Jerebu::

::Jerebu Oh Jerebu::

Salam dan Selamat Sejahtera,

Masa orang tengah sebok cita pasal kes bunuh Sosilawati, tgh bizi cita pasal rozaliya hilang ni, tapi tak ramai yang cita kisah ini ~ j.e.r.e.b.u ~ mungkin belum sampai kat tempat korang lagi kot. Takpelah,apa yang aku nak story kat sini, jerebu sekarang dh capai tahap bahaya. Boleh menjejaskan kesihatan. Memula aku pun tak prasan keadaan berjerebu kat tempat aku. Masa keluar rumah nak pegi kerja, nengok-nengok cuaca lembap. Macam orang tengah bakar sampah. Dalam hati tu berkata jugak "sapelah yang bakor sampah kat kawasan ni" Aku mmg tak berapa suka orang bakor-bakor sampah ni. Lemas dengan asap! Skrg baca bawah ni (paksa sey)

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.


“Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.


“Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.


Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lepas bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.


Bagaimanapun, bacaan IPU di stesen-stesen pemantauan kualiti udara di tempat-tempat lain setakat ini berada pada tahap baik dan sederhana.


Muhyiddin berkata walaupun bacaan IPU menurun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.


Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.


Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.


Muhyiddin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal keadaan jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.


“Langkah yang pertama adalah untuk memaklumkan kepada penduduk daerah Muar, maklumat ini kita kena maklumkan supaya langkah-langkah untuk mengawal kesihatan ini diambil oleh penduduk yang berada di daerah Muar terutama tentang pemakaian topeng mulut,” katanya.


Sementara itu, katanya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas juga berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk memohon kerjasama bagi mencari penyelesaian bersama berhubung perkara itu.


Menurutnya Malaysia juga bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan termasuk bantuan logistik bagi memastikan keadaan itu tidak terus berlarutan.


“Menurut laporan yang kita terima, ia (jerebu) berpunca dari sana (Indonesia), ini bukan kita mahu buat tuduhan tapi kita mahu langkah diambil sebelum merebak dan memberi kesan lebih buruk kepada Malaysia,” kata Muhyiddin.

 

0 comments:

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...