♥Jom Eratkan Ukhuwah Di Sini - Sila Tinggalkan Link Anda♥

Friday, October 29, 2010

Home » , , » ::Makan Nasi Lebihan Ibu Atau Anak::

::Makan Nasi Lebihan Ibu Atau Anak::

Salam Sahabat,


Dato' Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.


 Haaaa...ni mesti korang dah tau kan? tapi aku dah kata dulu, tak kiralah entri tu dah basi punya cerita ke apa ke..aku tetap nak share jugak.kurang-kurang pun jadi ingatan balik..kita ni kan kadang ingatan dah lose kn? ehhehe..jgn marelah geng..

Dulu mase aku kerja part time kat kedai buku-buku agama, aku masuk petang dari jam 5.30 ptg hingga 10.30 mlm. Weekend aku masuk pg sampai mlm la. Adalah satu hari tu, nak dijadikan cerita atas meja cashier tu ada baki roti prata yang tah sape punya tak abis. Jadi aku ni jenis nak cepat buang je. Aku tanya kat pakcik tu boleh buang tak..Masa aku pusing nak buang tu dia terus jerit " Ehhhhh jgn buang, papa hidup awak nanti! " Aku terdiam, hulur balik bungkusan tu pada dia. Dia kata "meh sini saya nak bagi makan kucing."

Lepas tu baru dia cerita kenapa dia tak bagi aku buang makanan tu. Dia kata, makanan jangan mudah-mudah nak buang, itu rezeki kita. Aku tanya lagi " kalo tak abis ke atau sisa makanan basi semalam punya camne?"

Dia jawab "bagi pada mane2 binatang biar binatang tu makan." Jangan sesekali dibuang. Kalau awak nak idup senang dan rezeki sentiasa lapang. Ingat tu."

Sampai sekarang aku ingat pesan dia. Tapi kat kawasan umah aku ni binatang tak banyak keliaran, sume jenis suka dok umah. Hahahaha.. :)



Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen- belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.

Wallahu A’lam.

p/s : Lagi satu, sentiasalah berfikiran positif pada setiap wang yang kita keluarkan untuk tujuan kebaikan. Tanam dalam hati, dengan berkata "eh duit aku banyak lagi. Tak pernah abis walaupun sikit." Itulah yang aku sesalu pikir sampai sekarang ni. Dan Alhamdulillah, mmg itulah yang berlaku. Wallahu'alam.

4 comments:

siMpLY nana said...

salam...petua org tua2 nie memang kene ikut w/pun kadang tur cm tak logik.tp ade kene mengena...terima kasih share dat info...

Insyirah&Isyraf said...

nana : sama2 nana, ya nana, kalau kita yakin, ambil yang baik. tp org skrg ni kdg nk petua moden je..tp akak lebih percayakan ayat al-quran dan petua berguna dr org lama :)

:: wanee :: said...

Salam. Mak sy pun mcam tu jugak. Dia xkn minum baki minum/makan anak2. Pastu kalo ada minuman/makanan yg kena share, biar yg plg tua mkn dulu. Cthnya ayah sy, pastu mak, pastu sy sbg anak sulung dan disusul adik2. Mak sy kata, supaya org tua ckp, kita x lawan. Hehe.

Insyirah&Isyraf said...

wanee : oh yeke gitu wanee? Alhamdulillah,tips terbaik ni..mudahan menjadila ya.. :D tq..

Post a Comment

Latest Posts Plugin for WordPress, Blogger...